SELAMAT TAHUN BARU! WELCOME two.0.ten


Hari ini masuk sudah tahun baru dengan permulaan yang baru. Jatuh pada hari Jumaat 01.01.2010 masihi bersamaan 15 Muharram 1431 Hijrah. Alhamdulillah cuaca hari ini agak sejuk mendung dengan diiringi dengan hujan. Perasaan tenang sebaik membuka mata hari ini. Oleh itu, seperti yang kebanyakan kita sering ucapkan setiap kali menjelma Tahun Baru dengan ini saya ucapkan "selamat tinggal 2009, selamat datang 2010!" Semoga dengan masuknya tahun 2010 ini kita semua akan dapat memperbaiki diri dan maju kehadapan.
Imbas kembali untuk tahun 2009 sebenarnya banyak kenangan pahit, sedih dan gembira yang ditinggalkan. Saya juga meninggalkan banyak kenangan dalam tahun 2009. Terlalu banyak kenangan tak kira baik yang pahit, sedih mahupun yang gembira. Namun kita sebagai hamba-Nya haruslah senantiasa melihat kehadapan kerana semua itu sebenarnya adalah suratan azali qada & qada. Tiada guna menyesali apa yang telah berlaku di belakang kita teruskan menapak ke hadapan dengan menjadikan apa-apa yang telah berlaku sebagai sempadan dan daya untuk kita terus maju ke hadapan. Ayuh kita bangun majukan diri!













.jpg)
.jpg)