Pencerita Kepada Cerita
Kalau menyentuh bab menjadi pencerita nie aku kurang pandai skit, entahlah kalau sebut tentang waktu zaman persekolahan dulu akulah juara membuat karangan. Sebut sahaja apa2 jenis karangan - idea2 bernas mengalir laju tanpa perlu ditunggu. Mungkin kerana sudah agak lama tidak mengarang, aturan bahasa juga terasa sedikit kekok. Tapi hari ini aku disini bukan untuk bercerita tentang karangan atau memberi tips bagaimana mahu membuat karangan. Aku di sini untuk cerita aktiviti hujung minggu aku semalam yang mana sebenarnya tak menarik mana pun untuk diceritakan hahaha...sekadar memenuhkan update blog yang dah lama tak aku sentuh.
Hari Sabtu datang lagi, macam biasa tak banyak aktiviti yang aku buat. Seperti hari2 sebelumnya jadual kerja aku agak kurang flexible dan kebanyakkan Sabtu aku terpaksa berada di office hingga lewat petang kalau bernasib baik dapat la balik awal - paling awal pukul 4 jugak(hahaha...sama jugak lewat ptg kan..). Jam 2.00pm aku terima SMS dari tunang tersayang menbuat cadangan untuk menonton wayang. Akhirnya jam 7.00pm habis jugak kerja aku dan selepas habis solat maghrib aku dan fiance terus merewang ke TGV KLCC tengok movie kartun - ICE ACE3: Dawn of the Dinosaurs. Semuanya last minutes plan maybe sebab kami memang sangat gemarkan kejutan. Hahaha...berbalik kepada movie yang kami tonton overall aku hanya bagi 7 out of 10. Kenapa? good question - Movie kali nie okay macam semua orang tahu movie nie bertemakan genre kelakar cuma kata org ICE AGE1&2 lg kelakar...maksudnya??? Haaa...Movie ICE AGE3 nie blom mampu buat kami gelak sampai pecah perut. :D
Al-kisahnya kami sampai di sana dalam jam 8.30pm sebab jarak tempat kami tinggal dengan KLCC tidak berapa jauh. Walau bagaimanapun kami hanya sempat membuat tempahan untuk movie tayangan jam 10.45pm dan oleh kerana waktu tayangan yg masih lama sementara menunggu waktu tayangan kami sempat makan2, pusing2, dan testing 2 3 shoot.
Hari nie lepak rumah sahaja coz tak larat sementelahan baru balik dari kampung hari Jumaat tempohari. Letih wooooo...dan sebab tak ada apa nak buat hari nie - jom testing amik gambar anak buah&cucu sedara aku...jom ikut aku skodeng dia org huhuhu...
0 comments:
Post a Comment