Kasih & Sayang
Aku anak bongsu dr 10 orang adik beradik. Aku sememangnya berasal dari Terengganu, dibesarkan, dididik dan disekolahkan juga di Terengganu. Masa kecik aku mmg agak nakal, masih segar diingatan pernah aku diikat oleh abah di tiang seri di ruang tengah rumah kami(rumah kayu ukiran lama Terengganu). Kenangan gila-gila masa kecil kadang-kadang mengamit rasa kelakar dan juga bersalah. Kelakar sebab kita pernah jadi nakal sebagai mana anak-anak kecil saudara kita. Rasa bersalah pula kerana banyak menimbulkan kerungsingan, kebimbangan dan masalah pada mak dan abah. Sering membantah dan degil untuk mendengar nasihat. Tp aku bangga aku adalah acuan didikan mak dan abah. Mereka banyak mengajar tentang kehidupan. Tanpa mereka tak mungkin wujud aku yg sebagaimana aku hari ini. Aku bangga menjadi anak mak dan abah.
Aku tak pasti macam mana dengan orang lain. Tp bagi aku mmg agak sukar untuk menuturkan kata-kata sayang pada kedua orang tua. Memang aku sayang pada mereka. Aku mmg sering ingin untuk mengucapkan kata-kata sayang pada mereka biar mereka tahu anak mereka ini menyayangi mereka sebagaimana mereka menyayangi aku. Akan tetapi lidah ini sering menjadi kelu bila tiba masa aku berada dihadapan mereka. Sering lidah merubah kata kepada perkara lain. Sejak akhir2 ini pandangan aku sering menjadi sayu setiap kali memandang pada wajah mereka. Ketara, mereka semakin tua - aku juga makin dewasa. Aku tak pasti sampai bila aku berpeluang menatap wajah mereka. Wajah tua yang banyak berjasa. Wajah yang mendidik dan membesarkan aku menjadi seorang manusia. Hanya satu harapan aku, aku sempat menuturkan kata-kata sayang pada mereka sebelum terlewat. Mak Abah - I love both of you! Maafkan salah dan silap anakmu ini tak kira sama ada secara sedar atau tanpa disedari. Aku sayang kamu.
0 comments:
Post a Comment