Thursday, August 6, 2009

June & Fadly - 1st August 2009




Kali ini aku persembahkan antara client favourite aku June & Fadly. Majlis perkahwinan mereka kebetulannya jatuh pada hari lahir aku - 1hb Ogos. Walau bagaimanapun demi memenuhi permintaan dan undangan. Aku tetap bekerja dan menjadi jurufoto perkahwinan mereka. Sesi photography June bermula dengan malam berinai pada 30hb Julai malam Sabtu dalam kalendar Melayu. Iaitu sehari sebelum majlis akad nikah dan persandingan kedua mempelai. Majlis mengambil tempat di rumah pengantin perempuan di Sabak Bernam, Selangor. Perjalanan kami bermula pada pukul 5 petang. Untuk pengetahuan umum ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki di Sabak Bernam. Aku dan Wan(sbg photographer kedua) tiba di rumah pengantin perempuan lebih kurang jam 8.45mlm. Dan sewaktu kami tiba di sana pengantin perempuan masih lagi didalam proses mekap dan andaman. Ketibaan kami disambut mesra oleh pengantin dan kaum keluarganya.



Terima kasih buat June dan Fadly serta keluarga diatas layanan mesra mereka.

0 comments:

About This Blog

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP